Jangan pernah merasa kecil dihadapan dugaan..

jangan pernah merasa kalah oleh ujian...

jangan pernah merasa hilang harapan oleh cubaan...

yang bijak akan menjadikan musibah

sebagai peluang untuk bermuhasabah

dan

yang pintar akan menjadikan kesempitan

untuk matang dan berjaya.








Khamis, 20 Oktober 2011

damai aja~

Pada 14/10,
Aku berdiri di luar Starbuck sambil merenung jauh. Melihat kelakuan orang yang bermacam jenis. Budak-budak, orang muda/dewasa, orang tua, jauh bezanya. Kompleks ini damai ketika orang sedang membuat peta di bantal masing-masing.

Kawan-kawanku masuk kedai demi kedai hingga pekerja itu bosan melihat kami yang datang berkunjung tetapi tidak membeli barangannya. Aku pun keluar dan menunggu mereka diluar sambil menaip blog bosan ini.

Nafsu yang menarik mereka masuk kedai itu, memang fitrah manusia suka pada keindahan. Tak dapat dinafikan lagi dan diriku sendiri juga suka pada keindahan.

Kerana ada jiwa maka adalah rasa… damai aja~

Selasa, 23 Ogos 2011

kau,KAU,aku, AKU

KAU, AKU
Kau dan aku berbeza
Kita tidak sama,Kita berbeza aliran
Pemikiran kita juga berbeza
Jiwaku jiwa seni
Jiwamu jiwa kira-kira
Nah, kita tidak sama
Bagaimana kita hidup bersama kelak
Aku takut aku kecewakan kau
Jiwaku sangat sensitive dan halus
Mungkin jiwamu juga begitu
Tapi sehalus jiwa orang yang sememangnya berjiwa seni.
SERINGKALI AKU BERFIKIR,ADAKAH JUGA PENAWAR UNTUK RASA RINDU???
Biar. . . .
Biar aku mengagumimu dalam diam. . .
Biar lah aku melihat dari jauh. . .
Biarlah aku tersenyum melihat telatahmu. . .
Biarlah aku membisa saat kau berkata. . .
Biarlah aku simpan semua rasaku dalam hati
Dengan begini, aku bisa senyum lagi. . .
Walaupun aku diam seribu bahasa
Tapi,
Dalam hati aku hanya TUHAN saja yang tahu. . .
Walauapapun, aku akan selalu mendoakanmu . . .<^^,>
AKU PERNAH BERMIMPI AKAN ADA SEORANG PUTERA KHAYANGAN DATANG MELAMARKU, AKU HARAP KAU “s” LAH ORANGNYA. AMIN YA RABBAL ALAMIN~
NUKILANKU:AZA PNEU RITA ^_^,

Ahad, 24 Julai 2011

POLITIK SANA-SINI

Dunia ilusi penuh Fatamorgana, perasaan sendiri. aka dengan berfikirlah, kita akan menjadi musafir yang kehausan, kedahagaan.. CaRI.... carI.. CaRI...
punya banyak lautan ilmu, aku karam di situ. hidup bukan untuk mati, tanya pada diri. kenapa perlu hidup sedangkan dunia akan kiamat? kan lebih bagus kalau kekal disyurga saja tanpa dosa kecil mahupun besar..
dalam berita terkini, banyak orang berpolitik. ada juga yang tidak suka berpolitik, ada juga yang suka berpolitik. ada juga yang sedang-sedang(kejap suka, kejap tidak). politik juga boleh berlaku secara tidak langsung dan langsung. cuba lihat persekitaran kita/anda. bukan saja di rumah, malahan rukun tetangga juga.
kenapa aku menulis??
akupun tidak tahu sebabnya . yang aku tahu, aku menulis kerana rasa dan perasaan yang membuak-buak.
normal bagi remaja yang meningkat dewasa mencari segala kunci kepada soalan beribu yang bertubi-tubi di minda.

caw~~